:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 30 April 2009

Kayuhan diraja bersama raja pecut (backdated)

Assalammualaikum semua... daulat tuanku!

Sempena meraikan cuti keputeraan Sultan Perak 20 April 2009 yang lepas, satu sesi kayuhan ke campsite telah diadakan. Kayuhan kali ini lebih bermakna kerana seorang kebarat terbuang dari daerah batang padang iaitu Raja Pecut Ijoi turut sudi mencemar duli untuk bersama-sama kami. Kayuhan ini sebenarnya tidaklah dirancang, cuma kebetulan ketika pulang dari kedai selepas membeli telur, tukangkebun terjumpa Raja Pecut Ijoi yang sedang melatih puteranya berbasikal di hadapan rumah. Raja Pecut yang tidak dijemput ke istana pagi itu terus menitahkan agar satu kayuhan tergempar diadakan petang itu juga. Hebahan segera dilakukan dan hanya mereka yang benar-benar gagah iaitu Raja Pecut, lan dan tukangkebun sahaja yang menyahutnya. Hulubalang-hulubalang berjiwa kentang seperti ao, bob & fisol pula tidak dapat bersama atas sebab yang terlalu "sulit" untuk didedahkan di sini. Mujurlah Raja Pecut tak murka... muahaha!!

Kayuhan bermula kira-kira jam 5.15 pm di kedai tayar kereta berhampiran ketoyong, ijoi & lan mengepam kuda masing-masing untuk prestasi maksima. Pam tangan cap ayam tukangkebun nyata tidak dapat memuaskan angin kuda-kuda diraja. Kayuhan berjalan lancar menyusuri jalan ipoh-kl menuju simpang 4 tanpa seorangpun memakai sun block mahupun losyen pengempis perut walaupun mentari petang hangat bersinar. Dari simpang 4, Raja Pecut gagah mengetuai skuad diraja melalui jalan tar menuju lubuk keling. Kami berehat seketika di situ untuk beramah-mesra bersama pengunjung yang mandi-manda. Untuk makluman disebabkan tidak mahu dituduh riyak dengan keupayaan tinggi, kami tidak mengikut laluan biasa Bernam Heritage-single track-2 sungai. Sebaliknya cukuplah melalui jalan 4x4 dari lubuk keling ke campsite. Jalan ni biasanya digunakan dalam perjalanan balik dari campsite.

Dari situ kayuhan diteruskan menyusuri kebun-kebun getah, kandang kambing dan belukar-belukar dara. Kayuhan semakin mengancam apabila lan terpaksa memberhentikan beskalnya dengan v-brake secara tiba-tiba kerana terpaksa menjawab telefon daripada bossnya. Dedikasi sungguh bro lan ni, ketika berkayuhpun kerja tetap diutamakan. Sebaik sahaja selesai bertelefon kami dikejutkan dengan sebuah bukit yang agak ngeri (biasanya downhill dari sana), namun Raja Pecut Ijoi tanpa gentar terus meratah bukit tak seberapa tu dengan ganas bersama jentera GTSnya. Lan pun turut sama mendaki sambil mengangkat tayar hadapannya sekali-sekala bagi membuktikan v-brake lebih ringan dari disc brake! kihkihkih!! Selepas naik turun bukit kami tiba di satu persimpangan jalan. Masing-masing berehat sambil berfikir jalan mana sebenarnya nak ke campsite? Kiri ke kanan? Maklumlah tak biasa reverse ke campsite. Nyatalah kekusutan memikirkan haluan sebenar akhirnya memakan diri! Kami akhirnya memutuskan untuk berpatah balik sahaja. Bukanlah kami takut sesat ataupun gentar dengan bukit-bukit tinggi yang tak seberapa dihadapan kami. Tapi bak kata Raja Pecut Ijoi, "Beta rasa cukup la sampai disini kayuhan kita, terjulur lidah dah ni. Nanti dengan kelajuan tahap gaban ni bimbang pula akan menimbulkan iri hati hulubalang berjiwa kentang lain yang tidak bersama kita hari ini". Kamipun menurut perintah dan berkayuh semula ke ketoyong juga dengan kelajuan tahap gaban.

Kayuhan hari tu ditamatkan dengan santapan diraja di kedai kak yang kira-kira jam 6.30pm (kan dah kata, kelajuan tahap gaban tu...). Jarak kayuhan kurang lebih 16 km dicatatkan. Masing-masing minum banyak ngalahkan kayuh kat padang pasir. Apapun walaupun tak larat sengaja taknak sampai ke campsite tapi yang penting peluh yang berjurai-jurai keluar berjaya jugak membuang sikit-sikit toksik dalam badan. Majulah sukan untuk negara. Terima kasih semua.

Nota: Akibat kelajuan tahap gaban, gambar-gambar sedang berkayuh gagal ditangkap. Hanya ini aje yang mampu ditangkap. Terimalah seadanya.

Raja pecut ijoi dan lan, posing di lubuk keling

Ijoi dan tukangkebun

"Ok jom patah balik, rendah sangat bukit ni", titah raja pecut

Santapan diraja

3 ulasan:

AO berkata...

Syabas diucapkan kepada para kerabat kerana berhati waja meneruskan juga kayuhan walaupun tidak diiringi oleh para hulubalang...
sayugia patik sekalian hulubalang merasa begitu terharu di atas pencapaian sekalian kerabat walaupun tidak sampai jua hanjatnya untuk bersemayam di camp site...
akan patik sekalian susul kelak jika para kerabat ingin mengulangi kayuhan tersebut...

mohon patik...
menjunjung kasih...

pojie tm berkata...

perrrghhh... sempoi tuuu... ni yang buat takut nk join nih,... aku menten raja siput jaa,.. tak terkejor laa dgn geng2 raja pecut kihkihkih

p/s: tahniah Yamin aka t. kebun- sudah jd admin.. nnti post bbnyk nooo..

tukangkebun berkata...

Memanda ao, bersegeralah mengiringi kerabat-kerabat. Tanpa memanda hilang arah kerabat-kerabat yang tak biasa masuk hutan nih...

Pojie, jangan risau raja siput, raja pecut ke semua golongan kerabat tu. yg penting nama bior ganas! muahaha!!

Related Posts with Thumbnails