:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Ahad, 27 Julai 2008

TM Bikers Wekend Fun Ride Beserta Acara Masak Memasak 27/07/08

Seperti yang telah diwar-warkan ke seluruh pelusuk muka bumi, dan setelah berehat dan langsung tidak memperdulikan basikal masing2 pada minggu lepas,minggu ini geng TM Bikers untuk kesekian kalinya telah membuat lawatan rutin ke camp site Man Belon menyusuri single trail tepi sungai...

Yang pastinya, trip kali ini telah juga disertai oleh beberapa orang ahli The TM Bikers yang dah diberikan surat tunjuk sebab beberapa kali akibat terlalu lama menyimpan basikal di dalam setor belakang rumah...(Lama tak kayuh la tu...)

Antara peserta2 yang hadir untuk trip kali ini ialah Al-bob, Cik Mat, AO, Ijoi, Fisol, Bakrie dan King...
Abg Burn yang pada awalnya nak join kayuh bersama isterinya terpaksa membatalkan hasrat murni itu di saat akhir kerana urusan keluarga yang tak dapat dielakkan.. Namun begitu beliau dan isteri tetap datang ke trail head bersama anak beliau untuk memberi semangat dan akhirnya terpaksa mengorbankan sebungkus roti canai dan capati kepada kawan2 akibat terlupa membawa bekalan makanan yang telah dibincangkan....(miss comunication daaaa...)

Kelihatan Abg Burn menggaru2 perut akibat menahan sebak terpaksa melupakan niat murni untuk turut berkayuh...

Sekalung ucapan penghargaan dan terima kasih buat Abg Burn dan Isteri...












Cuaca pagi agak kemendungan sedikit yang akhirnya membawa kepada titisan hujan gerimis.... Namun tidak membantutkan semangat untuk meneruskan kayuhan...
Sambil masing 2 sibuk mempersiapkan diri untuk berjuang, tetiba salah seorang dari kami terjumpa sebiji durian... Perghhh... Ada bau... Tanpa melengah masa durian tu pun di khatamkanlah beramai2...

Kayuhan bermula dari Bernam Heritage Resort lebih kurang jam 8.10 pagi... Cuaca mendung dan hujan gerimis membuatkan trail permulaan iaitu single trek menjadi agak basah dan sedikit licin... Dedaunan yang melitupi kiri kanan trek juga mengakibatkan peserta lenjun akibat disapa daun2 basah ditimpa hujan...

Mujur kayuhan minggu ini bermula sedikit awal dan pada malam sebelumnya hujan lebat melanda dan mengakibatkan single trek ini dibasuh oleh laluan air justeru meratakan kesan2 sondolan sang domoi...
Kalau tak... trek ni jadi macam tahan ladang yang baru di traktor akibat keluarga sang domoi mencari cacing untuk sarapan...




Seperti biasa... Sampai di pit stop rasmi kena la berenti... Walaupun agak penat dan semput skit namum masing2 tetap kontrol hensem...





Berehat sebentar sambil mengembalikan semula kehenseman yang kian pudar sebelum meneruskan dakian ke Bukit Batu Kancil...

Ternyata sesi kayuhan kali ini tidak menyebelahi beberapa riders yang tidak begitu bernasib baik... Telah berlaku beberapa insiden cemas yang membabitkan kerosakan dan kegagalan teknikal pada basikal juga kejadian tapak kasut yang terpaksa meninggalkan tuan kasutnya kerana sudah tidak berupaya lagi menanggung siksa dipijak2 sepanjang sesi kayuhan ini....

Untuk permulaannya... AO telah diuji dengan peristiwa putusnya rantai basikal beliau ketika mendaki bukit mengakhiri single trek... Kemalangan yang tak diduga itu hampir mengakibatkan pertumpahan darah akibat gigitan pacat kerana terlalu lama duduk bersila membetulkan kembali rantai tersebut...

Mujurlah ada tool Mc Giver yang dibawa oleh Cik Mat dan Bakrie, juga telah dibantu oleh batu2 di sekitar tempat kejadian untuk mengetuk kembali rantai yang dah terbarai...

Selesai membetulkan rantaim yang memakan masa lebih kurang setengah jam kayuhan diteruskan... Tetiba... Praapppp... Bunyi keluar dari basikal AO lagi.... Rantai tadi wat hal lagi... Draileur dah tersekat masuk kat celah spoke... Adoi....
Muka AO dah jadi biru air laut.... Bengang ada... Tension ada... Pendek kata... Macam2 ada...

Hand in hand rantai tu dibetulkan semula... Akhirnya selesai... Tapi tak boleh nak lenjan sangat takut buat hal lagi.... Kalu jumpa bukit... Jawapnya tolak la....




Sesi MTB....
"Mari Tolak Basikal"





Ketika sedang hebat mendaki Bukit Batu Kacil yang memperlihatkan kepakaran peserta mengaplikasikan teknik menolak basikal dengan betul... Kasut Bakrie pulak bua hal... Tapaknya dah tak sanggup hidup bersama dengan badan kasut tu...



Jalan penyelesaiannya... Ikat la tapak kasut tu dengan tali kasut... Asal boleh pakai buat sementara sebelum ianya dihantar ke pusat kitar semula untuk dijadikan kotak kasut...

Setelah mengharungi segala kepahitan dan dugaan.... Akhirnya sampai juga di camp site Man Belon... Kelihatan King terlantar kepenatan.... Ini adalah disebabkan beliau diberitakan telah membuat sesi "nite ride" mendaki bukit berapit pada malam sebelum hari kejadian ini.... Ampun patik engku...

Bila semua dan mendarat di camp site...Apa lagi... Bermulalah acara masak-memasak yang akan depenghului oleh AO yang telah diangkat sebagai Tukang Masak Di-Raja....















Seperti yang dapat dilihat... Menu minggu ini telah diupgrade kan sedikit seiring pengupgradan basikal GT sdr ijoi yang dah semakin mengancam sekarang ni...
Dari menu megi rebus dan air necafe 3+1 kini AO's Catering menyajikan hidangan nasi, ikan talapia bakar, kerang rebus dan air asam, sardin cap ayam dan tidak ketinggalan sambal tempoyak....

Setelah selesai acara makan dan mandi manda.... Maka kayuhan disambung semula menuju ke garisan penamat....




Kayuhan kali ini berakhir kira2 jam 4.30ptg...Ini termasuk dengan segala acara merepair basikal dan kasut, acara berehat melepaskan semput, acara masak memasak dan acara mandi manda...

Apa2 pun ride kali ni agak menarik jugak kerana disertai oleh geng2 yang dah lama tak join kayuh....
Harap2 lain kali penyertaan akan ramai lagi...

Masih ada lagi gambar2 dan yang paling penting video sessi kayuhan ini masih berada dalam proses editing... Insyaallah akan diuloadkan sebaik sahaja siap diedit...

Sekian dulu... Wassalam...


Have a nice day everyone... !

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails