Ekspedisi ini adalah anjuran bersama Rakan Cop PDRM dan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab membantu polis dalam nenangani jenayah dan juga kesedaran tentang bahaya najis dadah di kalangan masyarakat khususnya di kalangan warga belia....
Seramai lebih kurang 120 perserta terlibat dalam ekspedisi ini yang terdiri dari pelbagai lapisan umur... Peserta-peserta ini bukan sahaja didatangkan dari Tg Malim akan tetapi juga didatangkan dari segenap pelusuk daerah dalam kawasan lingkungan Jajahan Takluk Negeri Perak Darul Ridzuan...
Apa yang menariknya ialah... Ekpedisi onroad ini hanya membenarkan perserta yang menuggang basikal MTB sahaja... Roadbike tidak dibenarkan... Bagi mereka yang agak bergeliga otaknya macam boleh bikin batu cincin.... Maka dapatlah kita saksikan ada basikal-basikal yang telah diubahsuai saiz tayarnya menjadi tayar slick... Ringan la sikit... Tapi ade juga yang tetap menggunakan tayar offroad yang gedabak besornya... Selera masing-masing...
Seiring dengan penyertaan peserta dari pelbagai peringkat umur dan kehandalan, maka dapatlah kita saksikan senarai basikal-basikal yang terlibat juga terdiri dari pelbagai tajuk dan jenis.... Dari yang hi-end hinggalah basikal yang tak dapat dikenalpasti tajuknya... Namun itu bukanlah ukurannya... Yang penting semangat dan keazaman tuan punya basikal tu sendiri.... Janji boleh kayuh...
Kalau basikal best... tapi yang tukang kayuh tu tak best tak ke mana jugak.... Lagipun ini bukan event nak berlumba... Hanya kayuhan bersantai beramai2 sambil mengedarkan risalah PDRM dan AADK di setiap check point iaitu setiap pekan yang disinggahi di sepanjang perjalanan....
Semua peserta dilepaskan dari perkarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kira2 jam 8.30 pagi 19/5/2007 setelah mendengar taklimat ringkas dari penganjur... Sebaik sahaja delepaskan... Semua peserta berkayuh dengan bergaya menyusuri segenap jalan negeri dan persekutuan, melintasi kampung dan pekan... Tak juga ketinggalan taman2 perumahan...
Bila nampak je gerombolan para riders yang berkayuh di sepanjang jalan, maka orang ramai pun keluar berpusu2 ke tepi jalan untuk menyaksikan apa yang berlaku... Ada yang bersorak... Ada yang melambai... Ada yang tersenyum... Ada yang melaungkan kata2 semangat... Dan tak kurang juga yang buat tak nampak jer....
Bila dah ada sambutan macam tu kat tepi jalan... Apa lagi... Ada la pulak yang dah naik syok... Rasa macam peserta Le-Tour D'Langkawi la pulak... Memang satu perasaan yang menakjubkan... Bila dah naik syok... Kaki pun mula la ligat... Kayuh pun mula la semakin laju... Maklumla masing2 dah naik semangat... Tambahan pulak ada aweks2 yang dok melambai kat tepi jalan tu...
"Laju bang...! Laju lagi bang..!" Jerit salah sorang gadis di tepi jalan...
Tak lama lepas tu... Masing2 dah mula nak berdesup...
"Tepi skit oiii...!" Terdegar teriakan dari belakang...
Zzzzzzuuuupppp....! Tetiba je ader sorang rider memotong dengan jayanya.... Pergh... Gaban rupanya... Antara senarai rider pilihan pertama dalam kategori belia... Dasat tu... Heheheheh.... Jangan marah Gaban... Mike memang hande...
Akibat daripada keghairahan masing-masing menambah kelajuan kayuhan... Abang polis traffic yang escort kitorang dah mula pening kepada... Geng2 marshal pun sama... Masing-masing dah tak tentu hala... Bukan sebab apa... Bebudak sekolah dah jauh sangat tercicir kat belakang... Keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan kesulitan kepada para escort dan marshal untuk mengawal keselamatan riders..
Akhirnya... Kesemua riders diarah berhenti di hentian rehat berhampiran pekan Slim River... Apa lagi.. Kena bancuh la... Adussss....
"Lepas ni... saya tak nak ada lagi yang kayuh laju2... Jangan tinggalkan adik2 yang kecik2 ni kat belakang..." Kata salah sorang abang polis traffic yang dah naik hangin dengan kitorang...
"Ini bukan Le-Tour Langkawi... Bukan nak lumba..." Tambahnya lagi...
"Lepas ni.. sapa laju.. saya tak bagi kayuh dah... Angkat beskal naik atas lori..." Lagi nasihat berguna yang telah disampaikan oleh abang polis tu...
Setelah tamat sesi pembancuhan... Maka sesi kayuhan disambung semula dengan semangat baru... Dengan hati yang bersih dan penuh dengan keinsafan... Tekat di jiwa dan sanubari masing2 bahawa takkan kayuh laju2 lagi... Tergambar jelas di wajah masing2 betapa terangnya sinar keinsafan itu... Korang tengokla sendiri tu haaa..... Nampak insaf tak ? Nampak macam tak puas ati je... Kihkihkih...
Ekpedisi diteruskan pada hari pertama menuju ke Pusat Kegiatan Belia Kampar... Di sana para peserta akan berehat dan bermalam sebelum meneruskan kayuhan ke Gopeng pada keesokan paginya... Sepanjang perjalan... Biasala... Macam2 yang berlaku... Rantai putus.. Bearing pecah... Tapi semuanya dihadapi bersama dengan semangat berpasukan...
Kayuhan pada pagi 20/5/2007 bermula dari Pusat Kegiatan Belia Kampar menuju ke Padang Majlis Daerah Gopeng pada jam 8.00 pagi...
Walaupun sedikit kepenatan denga kayuhan pada hari sebelumnya, namum para peserta masih bersemangat untuk meneruskan kayuhan ekspedisi ini...
Lebih kurang Jam 10 pagi.. Gerombolan ekspedisi kami sampai di Padang Bandaran Gopeng... Dengan erti kata lain.. Kami telah berjaya menamatkan ekspedisi ini... Tiada sebarang insiden yang mengakibatkan kecederaan berlaku sepanjang ekspedisi ini... Syukur...
Sekalung terima kasih diucapkan kepada pasukan polis traffic PDRM kerana telah mengiringi peserta sepanjang ekspedisi ini...
Secara keseluruhannya... Ekspedisi ini telah berjaya membantu usaha pihak berkuasa demi menyampaikan maklumat kepada masyarakat betapa bahayanya dadah dan pentingnya rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat untuk bekerjasama membantu pihak berkuasa menangani masalah sosial dan gejala jenayah secara kolaboratif...
Namun begitu kita tidak dapat mentafsir sejauh mana keberkesan program ini terhadap usaha menyedarkan masyarakat kita... Namun apa yang penting... Usaha telah dijalankan... Dan saya percaya setiap usaha yang baik akan mendatangkan pulangan hasil yang juga baik...
Jarak Keseluruhan Kayuhan : 256.15 km
Purata Kelajuan : 15km/j
Quelques manières pour être respectueux de l’environnement avec votre
voiture
-
Lorsque vous avez votre véhicule, ce n’est pas le moment pour vous de
polluer l’environnement. Même si vous avez votre voiture, vous pouvez bien
respecte...
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan