Program ini adalah anjuran bersama Majlis Daerah Raub Pahang dan Majlis Daerah Tanjong Malim dan mendapat kerjasama dan sokongan Universiti Pendidikan Sultan Idris,Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan NGO...
Ianya merupakan program sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-49... Dengan memperingati Mat Kilau sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan negara suatu ketika dulu, jawatankuasa program telah memilih trail merentas banjaran ini yang mana menjejaki semula laluan Mat Kilau ketika beliau merentasi Banjaran Titiwangsa dari Pahang ke Perak...
Geng TM Bikers tidak ketinggalan untuk menyertai program bersejarah ini... Antara kumpulan berbasikal lain yang menyertai program ini ialah CRCC (Combine Rider Cycling Club) dan ramai lagi rider perseorangan...
"Beri laluan ! Beri laluan !" Itulah dia jeritan-jeritan yang selau kedengaran terpancut dari mulut para rider yang handal-handal seawal 20km pertama kayuhan yang bermula agak landai tetapi dihujani dengan dakian yang agak boleh mendatangkan semput setelah melalui 5km pertama...
"Amacam bang..." AO menyapa King yang sama-sama MTB (Mari Tolak Basikal) pada dakian bukit yang kedua... "Nak patah balik dah tak oleh weh... Apa2 pun kita dua orang tau... Apa jadi pun kita jangan bepecah.." Jawab King dengan agak termengah2 le jugak.. AO hanya mengangguk tanda setuju... Bukan ape... Dah tak larat nak becakap dah...
Sejak dilepaskan pada jam 9.00 pagi dari trail head di Raub,Pahang, trail ini tak pernah putus-putus mempelawa kami untuk menolak basikal... Jarang betul nak dapat duduk atas saddle... Kekadang... Datang rasa rindu nak merasa nikmatnya duduk atas saddle dan berkayuh...
"La la la la la la....!" Itulah lagu yang dilayan oleh AO dan King sebagai memberitahu geng kat depan yang tengah berehat kat cekpoin yang mereka berdua dah dekat nak sampai.... Nyanyian mereka akan disahut dengan hilai tawa yang riuh rendah oleh geng2 yang sebenarnya dah lama berehat...
"Ok..ok... derang dah sampai...jom kita sambung balik..." Jerit salah seorang dari mereka sebaik saja AO dan King sampai... Bukan apa... Perli la tu...
Jam di tangan dah menunjukkan pukul 5.45 petang... Tapi trail ni tak nampak macam dah nak sampai jugak... Apa yang dapat dilihat ialah hutan tebal di sekeliling... Bekal dah abis... Power bar dah tinggal 1 pek jer.. Tadi ada 5... Acara MTB (Mari Tolak Basikal) yang tadinya rancak telah bertukar menjadi acara MTB jugak... Tapi kali ni berbunyi.... Mari Tanggung Basikal...
Basikal yang sepatutnya ditunggang tuannya... Kini dah bertukar... Tuan basikal pulak yang ditunggang dek basikal...
"Kalau tau macam ni aku bawak guni tadi..." Keluh King yang dah nampak kebiru-biruan pada wajahnya...
"Nak buat ape guni ?" Tanya AO...
"Aku nak bukak basikal ni... masuk dalam guni... senang nak tanggung tas bahu..." Jawab King dengan nada yang agak hensem... AO haya mampu tersenyum... Tapi dalam hatinya.... @#$%@&*^@$%@!!!!!.. Korang translate la sendiri...
Dah 4 batang sungai besar dan 2 batang sungai kecik di seberangi... Kaki dah mula rasa tak selesa sebab kasut memang tak pernah kering...
"King... kasut aku dah pecah...!" Pekik AO memecah kesunyian rimba... Memang ketika itu takde rider lain yang kelihatan.. Hanya mereka berdua ditelan perut rimba yang tak tahu di mana penghujungnya itu...
"Berenti la dulu... Cari akar... Ikat dulu kasut tu..." Hela King agak lemah...
"Ok.. Kita berenti jap.." AO mengiakan...
Bekal dah abis... Nasib baik ada air... Tu pun ambil dari sungai... Tak kiralah... Janji boleh minum...
"King... ada apa2 bekal lagi tak yang tinggal ? Tanya AO...
"Semua dah sodaqallahulazim..." Jawab King dengan nada berseloroh...
"Aku ada Kit Kat sebatang... Kita kerat dua..." Pelawa AO..
Maka makanlah 2 sahabat itu sebatang Kit Kat dikerat 2... Rider lain memang dah tak kelihatan di mata.. Di telinga jugak tak kedengaran.. Yang ada cuma bunyi deruan angin dan mergastua yang mendiami hutan....
Setelah beberapa lama menyambung kembali perjalanan... Kasut AO dah tak dapat diselamatkan lagi... Kini AO berkaki ayam... Dalam hutan ! Yang dapat diselamatkan hanyalah tapak kasutnya... Itupun sebab ada paddle lock.. Kalau tak... dah lama dah kena pungkang...
Bermulalah acara downhill yang agak dasat... Basikal pulak pakai V-brake... Tayar dan rim memang dah tak berupa akibat tanah liat dan selut dah bermaharajalela... Akibatnya brake pad pun menghembuskan grip yang terakhir...
"Hampeh... Brake takde... Kasut pun takde...!" Jerit AO dengan nada yang dah tak berapa hensem...
"Aku pun dah takde brek ni... Downhill banyak lagi... menjunam lak tu..." Balas King..
Tiba2 terdengar bunyi dari belakang.... Tak sempat lagi nak toleh.... SSSSUUUUPPPPP!
Sorang budak yang join ride dengan ayahnya memintas kami dengan lajunya menyusuri downhill berbatu...
Tak lama lepas tu... GEDEBUUUKKKKKK...!
"Arrgghhhhh.... Ayah...!"Kedengaran suara mengerang di depan...
Alamak... Budak tadi terjatuh... Mujur tak patah2... Luka rigan jer...
Hari dah makin gelap... Jam di tangan dah pukul 7.15 malam.. Mata dah kelabu... Jarak penglihatann dah semakin kurang... Badan dah penat... Penat ? Bukan itu perkataan yang sesuai sebenarnya... Separuh mati... Haaa... Tu baru betoi...
AO dan King meguatkan semangat... Terus berjalan sambil menolak basikal masing2.. Dah tak boleh kayuh... Semua dah jem...
Tiba2 terserempak dengan beberaa orang pemuda orang asli...
"Nak ke mana ?" sapa King...
"Nak cari lauk.." Jawab salah seorang mereka...
"Tak jauh dak encik... Sikit lagi sampai la..." Tambah seorang lagi..
Pergh... Lega giler bila dapat mendengar ungkapan itu... Sebab hari dah gelap... Lampu plak takde... Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui perasaan ketika itu...
Perjalanan diteruskan dengan penuh debaran... Mengharungi hutan rimba dalam kegelapan malam yang semakin pekat...
Sambil kaki dihayun longlai... Kedengaran sayup2 riuh rendah seperti suara manusia yang sedang meraikan sesuatu... Ramai je bunyinye... Meriah je...Berdetik di hati...
"Dah nak sampai ni... Tu mesti geng lain yang dah sampai awal..." Getus suara hati AO..
Akhirnya... Sampai jua ke garisan penamat... AO dan King menarik nafas lega dan bersyukur kerana selamat tiba... Ketibaan disambut sorakkan meriah dari kawan2...
Perut lapar... Belasah burger yang dah disediakan... Kami ingat kamilah yang terakhir sampai... Rupanya ada sorang lagi peserta yang tinggal di belakang... Kami sampai jam 8.15 mlm...
Peserta terakhir tu diselamatkan oleh resque team dan sampai keluar jam 10.30 mlm...
Sebenarnya macam2 perkara yang berlaku sepanjang ekspedisi ni... Ada yang lari balik sebelum mula kayuh lagi... Ada yang menangis kerana mental pressure dalam hutan... Pendek kata... Macam2... Kalau nak cerita... Mau 12 ela jadinya saiz thread ni...
Ringkasnya... Eskpedisi ni banyak memberikan pengajaran kepada peserta untuk tabah dan menguji sejauh mana kentalnya semangat masing2 dalam mengharungi cabaran...
Ianya juga menyedarkan kita betapa besarnya pengorbanan dan betapa perit jerihnya perjuangan tokoh2 dan pahlawan negara kita demi memperjuangkan kemerdekaan negara tercinta ini....
Oleh itu... Kayuhlah basikal demi menjimatkan petrol...
Sekian...