:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Jumaat, 15 Jun 2012

Himpunan Aktiviti Kayuhan Part 1

Salam.... Dah lebih setahun rasanya blog TM Bikers tak di kemaskini... Kenapa..Mengapa..? TM Bikers dah tak aktif?... Admin dah lupa password...? Internet kena blok..? Ahli-ahlinya dah jual basikal...? Bini dah tau harga sebiji basikal boleh dapat rantai emas besar rantai ikat kapal...Hahahahaha... tidak sama sekali... TMBikers masih hidup...masih aktif... Insyaallah lepas ni... blog ini akan meriah semula...

 Apa..? Tak percaya TMBikers masih hidup dan aktif.... Korang layan la dulu gambar-gambar yang membuktikan TMBikers masih bernafas... Cuma nafas kali ini berbeza sedikit dari nafas menyaertai Jambori... sebab kalau masuk jambori...nafas nya tercungap-cungap sebab hendak mengejar placing... mengejar mineral water dan pisang takut habis...dan yang paling penting sampai kat finish line sebelum nombor lucky draw di cabut.

 Kali ini nafas kayuhan lebih panjang... lebih teratur... lebih senyuman dari bebelan... pendek kata..lebih segala-galanya.... Ini diantara aktiviti-aktiviti yang melibatkan TMBikers

  1. Marshall Rasmi HASH Tg.Malim dengan kerjasama Ligamas Cycle
10 JULAI 2011

                                   

   
Maskot rasmi TMBikers... Abang Bronk..

   
Pak Jabit TMBikers... Dia ni kalau dapat mic... ngalah artis... 
                                                  
Peninjau terbaik...  





 Dahh.. itu je gambar yg boleh di tunjukkan... Credit kepada Syafiq Ikhwan a.k.a Apiq.. Sebab gambar2 ni dicuri dari FB dia... Untuk aktiviti seterus... tunggu part 2. Kalau artikel panjang-panjang sangat org menyampah pulak nak baca... So tungguuuuuuuu....

 Errr tunggu lagi setahun ke...?
Related Posts with Thumbnails