:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Rabu, 29 September 2010

Jamboree Basikal Lasak UPSI 2010


Pusat Sukan UPSI dengan kerjasama TMBikers akan menganjurkan Jambori Basikal Lasak UPSI 2010 dengan bertemakan "Kayuh, Gelak, Tolak...."

Penyertaan adalah dibuka kepada Pelajar dan Staf UPSI serta penyertaan terbuka khas (perrrgh..) untuk pengayuh2 sayur TMBikers dan rakan2/kelab pengayuh sekitar Tg Malim serta saudara-mara yang berdekatan....

Butiran Jambori:
  1. Tarikh Jambori : 17 Oktober 2010
  2. Masa : 8 pagi
  3. Kategori : Pelajar Lelaki, *Veteran Lelaki, Terbuka Lelaki
  4. Trail/Laluan : UPSI-Kota Malim Prima-Tapak Baru UPSI-Ladang MCA-Simpang Empat-UPSI
  5. Jarak : kira-kira 20km
  6. Yuran Penyertaan : RM30
  7. Tarikh tutup : 5 Oktober 2010
*Kategori Veteran adalah bagi peserta berumur 40 tahun ke atas

Sila Klik Di Sini Untuk Muat Turun Borang Pendaftaran

Borang yang siap diisi bolehlah diemelkan ke
fendi@upsi.edu.my (En. Effendi)

Peserta akan mendapat cenderahati berupa T-Shirt, air sirap, buah-buahan... (cenderahati/hadiah yg lain2 tertakluk kepada penganjur...)

Untuk pendaftaran dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Urusetia :
  1. En. Effendi- (Pusat Sukan UPSI) : 012 2391395
  2. En. Izani- (UPSI/TMBikers) : 012 6370885
  3. En. Fisol- (UPSI/TMBikers) : 013 3045457
  4. En. Badrul aka Abad- (TMBikers) : 019 6679011
Sesuai dengan tema "kayuh, gelak, tolak..." maka kondisi laluan/trail dan jaraknya adalah lebih kepada "kayuhan santai" dan sesuai untuk pengayuh2 "beginner" dan pengayuh2 yang cintakan nikmat kesegaran dan keindahan kawasan kaki banjaran Titiwangsa... disamping dapat memupuk minat pelajar2 dan masyarakat sekitar untuk menceburi aktiviti berbasikal ini..

Namun begitu, laluan tarmac, dakian dan turunan bukit, "single trail", lereng2 di kawasan ladang dan pinggiran sungai sememangnya akan memberikan pengalaman kayuhan yg tak kurang cabarannya disamping dapat mengasah skil kayuhan dan kendalian basikal...

Terima kasih...

p/s: segala butiran dan maklumat yang tertera diatas adalah tertakluk kepada pengesahan dan perubahan pihak penganjur...

Peta Laluan (Anggaran)



"Elevation
" (Sila klik imej di bawah untuk gambaran yang lebih jelas)


Beberapa gambar trail yang bakal dilalui...





petai utk peserta bertuah









Sabtu, 25 September 2010

Suatu Hari Di Hari Raya.......

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Salam Syawal... maaf zahir dan batin....

Setelah lama blog bersawang.... kini TMBikers kembali dengan berita terhangat...


Pada satu hari semasa cuti hari raya, ketika org lain sibuk jumpa saudara-mara… seorang otai mtb (Tukangkebun) dengan gelojohnya (dipercayai untuk menunjuk2 kepada keluarga mentuanya), telah melakukan beberapa aksi X-treme…


Antara aksi yang dibuat ialah Downhill dengan ketinggian 20kaki dari pucuk pokok duku… (sebenarnya ketinggian terjunan cuma 3kaki, tinggi pokok yg 20kaki tuu).. dan malang tidak berbau, beliau telah tersilap jangkaan dan landing dengan gunakan dagunya dan akibatnya… tangan patah, pensan, lupa diri dan hilang ingatan selama kira2 5minit…..


Diringkaskan cerita yang amat boring ini,…


Setelah direject oleh Hospital Kota Bharu kerana rupa wajahnya yang buruk,.. maka otai kita telah pergi pulak ke Hospital Sg Buloh...


Di HSB ini,.. otai telah diservis, di-overhaul dan beberapa bahagian disikunya di pateri dan dimasukkan skru shimano xtr 2011 untuk menambahkan power dan kemachoannya…. Dan beliau akan ke HSB sekali lagi minggu depan untuk kerja2 peng-upgrade-an…


keadaan siku selepas diservis




geng2 TMBikers yang melawat sedang khusuk mendengar cerita (lps tu sorang2 pakat dok kutuk buat lawak... HAHAHA!!)




Otaikebun sedang merayu kepada kawan2 (Abad, Izani dan Ujang) untuk percaya kpd cerita keheroan Xtremenya...




kelihatan beberapa skru dan crank xtr yang terjulur keluar akibat servis yg belum selesai..



Dan akhir sekali,.. adalah dipercayai apabila selesai semua kerja2 servis dan upgrade nanti.. maka otai kita akan kembali dengan wajah baru,.... maka nantikan kemunculan...





THE WOLVERINE!!!!!!!!


akhir kata : MAAF ZAHIR DAN BATIN... segala gurauan dan terkasar bahasa adalah disengajakan...

p/s : Kami di TMBikers sentiasa mendoakan agar saudara Yamin Kamis aka Tukangkebun cepat sembuh dan sihat sejahtera.. dan kembali memeriahkan senario kayuhan kita....

p/p/s : Lain kali nak makan duku pi beli kat pasar malam la oiiiii....

Isnin, 6 September 2010

Al-Fatihah Allahyarham Syarafie..

Post asal 04 September 2010:

Assalammualaikum & salam sejahtera semua. Hari ini Sabtu, 04 September 2010 bersamaan 25 Ramadhan 1431H merupakan hari yang sedih buat TMBikers. Lebih kurang jam 6.45pm tadi, kami dikejutkan dengan berita pemergian saudara kami Mohd. Syarafie Bin Sauli. Allahyarham Rafie terbabit dalam kemalangan motosikal di Machang ketika dalam perjalanan pulang untuk berhari raya dari Tanjung Malim, Perak ke Pasir Puteh, Kelantan.

Takdir tuhan tiada siapapun menduga. Malam tadi (Jumaat, 03 Sep 2010) kami seramai 18 orang ahli TMBikers sempat berkayuh bersama-sama arwah. Sebelum bersurai kira-kira jam 1.30am (04 Sep 2010) juga sempat kami bersalam-salaman mengucap hari raya dan bermaafan. Dan hari ini belumpun sampai 24 jam kami kehilangannya.

Bagi pihak TMBikers, kami ingin menyampaikan salam takziah buat ibu bapa dan keluarga allahyarham Syarafie. Beliau seorang rakan yang baik. Sentiasa menyokong kuat TMBikers. Ringan tulang membetulkan basikal rakan yang bermasalah. Tidak pernah langsung menyusahkan kami. Dan tentunya usaha beliau membuat logo TMBikers pada 31 Ogos 2010 akan kami abadikan sebagai tanda sumbangan terakhirnya buat TMBikers.

Ya Allah ya tuhan kami, Engkau permudahkanlah perjalanan saudara kami Ya Allah. Tempatkanlah dia ke dalam syurgaMu yang paling istimewa Ya Allah. Rahmatilah rohnya Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Al-Fatihah..


Kemaskini 06 September 2010:

Alhamdulillah majlis pengkebumian Allahyarham telah selamat dijalankan di Kg Lembah, Pasir Puteh dan selesai jam 12.30pm, Ahad, 05 September 2010/ 26 Ramadhan 1431H. Terima kasih buat Suhaily yang mewakili TMBikers di sana. Terima kasih buat semua yang menyumbang untuk keluarga arwah. Terima kasih untuk doa dan ucapan takziah dari semua rakan-rakan bikers. Semoga Allah SWT memberkati jasa baik tuan/ puan.


Allahyarham ketika pertama kali berkayuh bersama TMBikers pada 24 Jan 2010

Allahyarham (kiri sekali) di Barbieland

Allahyarham (duduk tengah) ketika kayuhan malam

Allahyarham (5 dari kiri, t-shirt power bar) di Jambori Terang Malam, Kulim

Hasil tangan allahyarham yang diminta untuk diupload pada 31 Ogos 2010.

Kata-kata terakhir allahyarham di shoutbox tmbikers

Related Posts with Thumbnails