:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Selasa, 23 Jun 2009

Tolak-menolak di Nibong Tebal MTB Adventure 2009

Assalammualaikum... Ahad, 21 Jun 2009. Alhamdulillah NTMTBA 09 dah selamat berlangsung dengan jayanya. Tukangkebun yang masuk atas tiket rider belasahan juga telah berjaya dibelasah sehabis lembik & penyek dengan sajian bukit-bukau tahap dewa segala gaban. Memang betul la kata kata adiharriman sebagaimana dalam post tukangkebun sebelum ni, BEGINNERS DEFINATELY KENA CHICKEN LOOP. Tukangkebun memang tak letak apa-apa harapan yang tinggi dan tak tau apa yang nak diexpect sebab ini la kali pertama tukangkebun joint jamboree dan inilah juga kayuhan yang paling jauh pernah tukangkebun buat. Beginner la katakan... belasahan pulak tu. So, penyertaan adalah untuk mencari pengalaman dan menguji kemampuan sendiri. Berikut adalah catatan peribadi dari persepsi rider belasahan yang hampir naik lori dalam jamboree kali ni.

-KEADAAN TREK-
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarmac
Campuran tarmac dan offroad tiada masalah. Permulaan melalui tarmac sejauh beberapa km. Kesemua rider membuat muka hensem, maklumla satu pekan tengok, macam le tour rasanya. Ikut kata ramlySP, speed dia time ni dalam 30km+... tukangkebun punya speed pulak tolak separuh daripada tu.. huhuhu!!

Offroad
Kebanyakan trek offroad yang landai berpasir adalah baik dan boleh dikayuh walaupun sesak dengan pengayuh di satu dua tempat. Cuaca kering membantu banyak basikal kekal lohan (bersih antaranya).

Uphill
Kalau ikut peta, ada 3 bukit yang perlu dilalui peserta, bukit pertama adalah paling tinggi, dikuti bukit kedua dan ketiga.
Bukit pertama
memang mencabar, banyak loose gravel. Disinilah bermulanya aksi-aksi ganas tolak-menolak basikal masing-masing. Kalau ikut fit/pro riders yang lepas semua checkpoints, climbing sini memang technical, ikut rider belasahan pulak memang kritikal!
Bukit kedua
selepas CP1 pulak (300 rasanya, kalau silap mohon betulkan ye) semakin menarik rider belasahan ke bawah, bukan ke atas. Bukit ni boleh kayuh sebenarnya, trek pun lebih baik dari yang pertama, cuma kesengsaraan menolak beskal di bukit pertama menyebabkan ramai yang dah mula meracau tak tentu arah kat sini.. muahaha!!
Bukit ketiga pulak tak sempat dijamah tukangkebun kerana diperintahkan untuk chicken loop.. huhuhu!!!

Downhill
1st DH adalah sebelum 1st water station. Memang sodapp!!
2nd DH selepas CP1 melalui jalan bersimen. Agak menakutkan, tukangkebun tak pernah DH jalan simen. Hangit brakedisc dibuatnya kat T junction penghujung DH..
3rd DH
adalah singletrack kebun getah selepas CP 2. Penganjur tak henti2 mengingatkan peserta untuk berhati-hati kat sini. Terima kasih penganjur. DH sini memang teknikal, dah la sempit, lalu celah pokok pulak tu. kalau terbabas bahaya woo.. Tukangkebun tergeliat pinggang sikit pasal banyak swing sangat.. hahaha!! Tapi best woo kat sini.
4th DH
sebenarnya bersambung dengan 3rd DH tadi dan yang paling panjang dan mencabar. Permukaannya berpasir dan berbatu. Mengucap panjang tukangkebun sepanjang DH. Nak slow memang tak boleh dah (tekan brek dengan lepas sama aje lajunya!). Tangan pun memang lembik dah nak pegang handlebar dengan tekan brek. Mujurlah pengalaman tergolek yang lalu membantu tukangkebun untuk meredah aje dengan tawakal segala lubang ataupun batu. Baik redah daripada brek!! Ramai jugak yang tergolek manja dan mendapat kecederaan scrotum (lelaki sahaja) kat sini. DH sini memang layan sangat kalau kita ni downhiller dan pakai dh steed.

-YANG TERKILAN-
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cyclometer yang rosak. Kenapa la time ni nak buat hal? Tukangkebun lebih rela seluar koyak daripada benda ni rosak.. time jamboree pulak tu!! Asyik tanya orang aje dah berapa km? Lepas jamboree ok pulak!
Cut-off time. Tukangkebun menghormati keputusan penganjur menetapkan had masa 12.30pm di CP3. Cuma kalau waktunya dinaikkan kepukul 1.30 atau 2.00, rasanya mungkin lebih praktikal. Tukangkebun sendiri masih lagi bersemangat fizikal & mental, cuma terpaksa berhenti setakat simpang bukit panchor selepas dinasihatkan marshall yang bertugas. Ramai juga yang berhenti di situ nampaknya masih gagah, cuma masa yang tak mengizinkan.
Lori untuk yang gagal gagah. Mereka yang dipaksa berhenti di Bukit Panchor disuruh tunggu untuk diambil oleh lori. Selepas 1/2 jam kami diberitahu lori tak dapat datang, terpaksa la kayuh ikut road. Kalau tau awal baik terus kayuh dari tadi ataupun balik ikut route jamboree.. Pun begitu syukur jugak tak dapat naik lori sampai finish line. Kalau tak glamer woo!! muahaha!!

-KESIMPULAN-
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Apapun 100% pujian wajar diberi kepada penganjur Gerek Gunung yang bersusah-payah menganjurkan jamboree kali ini. Untuk 1st jamboree yang dianjurkan mereka, rasanya ini sudah cukup baik. Kawalan trafik oleh RELA, marshall bermotocross, water station, petugas-petugas, track signs, semuanya cemerlang. Bukan mudah nak menganjurkan jamboree sebegini besar dengan lebih 1000 penyertaan! Terima kasih juga buat semua riders yang saling membantu sepanjang kayuhan. Juga terima kasih buat kenalan-kenalan baru/bloggers yang sudi bertegur-sapa dan berkongsi pengalaman. Tahniah buat semua yang berjaya. Buat geng chicken loop & geng lori/4x4 juga tahniah. Setidak-tidaknya kita semua berani mencuba sehabis boleh!



meja pendaftaran amik goodies

bersama geng kayuh keliling rumah depan jawi inn tempat flag off besok

ngeh! ngeh! ngeh! bekalan untuk besok.. kuah ketam dia memang sodap!

warung paksu, bagan nyior, juru (on the way ke kuala juru) 7am beskal kebun dah siapaiks! banyak ni aje yang warm up? mana yang lain? kat sini rupanye... dah tak sabo nak berlepassemakin hampir kayuhan bermula!!... wonderpet.. wonderpet.. kami dah datang..!!! offroad pertama. kat sebelah kanan tu ada motocross marshall masuk longkang... tolakan pertama yang bergaya di ladang itik kehadiran ramai rider seluar ketat menakutkan itik-itik kat sini jammed.. jalan 1 lane di hadapan. kesempatan digunakan untuk bergurau sesama riders & itikdah ada yang start tolak sikit-sikit tarmac sebelum masuk kandang ayam pulak steady la, semangat kental lagi time ni jangan pandang atas!!! tengok bawahhh!! ramai yang gugup bila sampai sini.. tu dia... sayup kat atas tu.. ini baru kepalanya.. huhu!!dari atas pulak. jangan tengok kami!! BC kelolo setia menanti kak chik kat atas nihj estima & MCT members dari manjung pun tunggu kawan jugak. diorang bukat setakat setiakawan aje, kayuh pun kuat! respek aku kat otai2 nituan-tuan dan puan-puan boleh mula menolak...semakin tinggi tolak lagi... 1st water station. ramai ingat ni CP1pisang & air botol besar tanpa penutup! rajin penganjursemua gembira... lepas kita satu CP...ermm.. ye la tu..kesian hj estima, tube problems all the way.. pun gitu berkali2 dia potong aku! aku lepak kejap aje kat sini. cepat2 nak pegi CP2 pulak (salah sangka!) la... sambung tolak balik rupanya! CP1 kat atas lagi @#$@$kayuh pulak.. bole! bole! syoknya dapat kayuh...orait stop kayuh, tolak balik.. yang belakang ni apasal kayuh? kan cikgu suruh tolak..

haa... macam ni la.. bagus...
bahaya turun bukit celah pokok durian ni... rider diminta teruskan menolak..
CP1 akhirnya.. satu baru?!
sape tak tolak jangan bagi sticker... hehe!
starting naik bukit ke-2 (bukit 300 rasanya)
baru start dah ramai meleper kat corner! ada magnet kat tebing. automatic semua beskal melekat ke tepi
meleper sampai ke atas. 2 riders yang duduk dekat tbolt tu geng kayuhbeb kalau tak silap
dekat sini kayuh dengan tolak speed sama aje.. muahaha!
CP2... selepas muntah ijau.
pemandangan lepas dh singletrack pokok getah
tu nak dh sampai bawah tu!
sayup aje dari sini..
injured rider dibantu marshall naik scrambler.
tengok adik ni, steady aje dh. aku dah kecut telo dah..
2nd water station di penghujung dh gaban. ni geng gerek-kulim
ramai amik kanan menuju chicken loop kat sini. aku yang kononnya semangat ikut kiri
ingatkan CP3.. senyum sampai telinga bila nampak geng baju kuning ni!
rupanya kene berenti tunggu lori!
on the way balik bersama geng kuantan yang nyaris naik lori
cabutan bertuah.. sampai hati tak sebut nombor aku...
menunggu dengan saspen
haa.. ini bukan nibong tebal.. tapi NASI GANJA ipoh! sesuai dimakan untuk memulih semangat


Related Posts with Thumbnails