:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Selasa, 19 Mei 2009

MTB: Basikal ringan macam kapas?

Assalammualaikum semua...

Apa?!! Betul ke? Adakah basikal yang harganya lebih dari RM 1000 lebih ringan? Wujud ke spesis basikal seringan kapas ni? Inilah persoalan yang mengganggu tidur dua orang jejaka dari sebuah negeri yang sering bertukar MBnya baru-baru ini. Bagi mencari jawapan, mereka yang kebetulan telah terbeli basikal mahal (jejak seribu kira mahal la) akhirnya membuat keputusan untuk menjalankan ujian MTB-Mari Tolak Beskal (sejenis acara rutin untuk sprinter yang sudah semput bosan berkayuh).

Sabtu, 16 Mei 2009, 5.15pm, ijoi dan tukangkebun berdua-duan berpegangan handle menuju bukit togel. Dengan semangat setinggi gunung dan kudrat segagah kentang kayuhan dilakukan. Kayuhan bermula lancar sehinggalah mereka berhadapan dengan cerun yang agak hilang akal bagi penggemar MTB. Jelas terpancar kegembiraan kerana peluang untuk menguji tahap keringanan basikal menjelma jua. Pantas mereka berMTB mendaki ke puncak. Keseronokan berMTB semakin bertambah pabila kepala lutut masing-masing hampir menjejak dagu semasa MTB. Jalan berbatu rapuh turut menyerikan laluan ke puncak. Akhirnya, berjaya juga mereka berMTB sehingga ke puncak bukit togel. Pemandangannya memang cantik ditambah dengan hujan renyai dan angin kuat. Dari atas mereka mencuba pula laluan lain untuk turun. Dari jauh laluan turun tampak lazat dengan DH tahap dewa. Namun bagai indah kabar dari rupa, dari dekat laluan turun sebenarnya dipenuhi -batu-batu rapuh. Apa lagi, MTB lagilah mereka turun ke bawah pula.

Hasil ujian MTB hari itu jelas menunjukkan bahawa spesis basikal kedua-dua mereka termasuk dalam kategori berat tak hengat. Syukurlah kini persoalan tentang berat basikal mereka terungkai juga. Tidur malam mereka juga lebih lena.


"Apasal rendah sangat bukit ni!", keluh ijoi dalam hatinya."Jadi la... yang penting MTB", kata hati tukangkebun pula.Pose istimewa majalah mangga keluaran mei 2009

Pemandangan lebuhraya PLUS

Hujan renyai & berangin kat atas ni.Ijoi termenung jauh berhampiran puncak memikirkan masalah politik negerinya.
Kalaula ada 7eleven kat sini...
Kiri: perak, kanan: selangor, tengah: pokok.
Tanjong malim, perak.Hulu bernam, selangor.
Seronoknya MTB bukit togel...
Tolak beskal ye bang? turunpun tolak...

Jumaat, 8 Mei 2009

Bukit Togel Recce Martin Ride

Assalammualaikum semua... Apa khabar? Dah makan? Kihkihkih!!

Semalam 07 Mei 2009, sejak pagi aku tak senang duduk. Menggigil-gigil kaki ni, maklumlah dah 2 minggu lebih tak kayuh. Akhirnya petang tu dengan pantas aku punch out dan memandu selaju gaban balik ke rumah. 5.30pm, aku dah siap. Lokasi kali ni ialah Bukit Togel. Ride sesorang membawa diri... muahaha!!

Bukit Togel? Kat mana tu? Sebenornye nama betul bukit ni aku pun tak tau. Cuma pasal bukit ni dah togel sebab diorang baru tanam getah... so aku panggil la Bukit Togel. Jika ada yang tau nama sebenarnya bolehla beritahu ye. Kalau tuan2 dan puan2 ke pekan Tanjong Malim, bukit ni jelas kelihatan togelnya menjadi latar pekan tercinta. Dari jauh boleh nampak tracknya, tu yang tak boleh tahan tu... Di sebelah belakang bukit ada menara pemancar telco yang boleh diakses dari Changkat Asa. Sebenarnya ini ialah kali ke-3 aku recce track ni. First time ikut Kg Hasan (Ulu Bernam) sampai kaki bukit aje, tengah hujan pulak. Second time aku naik dari Kg Lambak pulak. Dok pusing2 kat atas sebelah tepi bukit berhampiran menara telco, banyak mendaki daripada berbasikal.

Alhamdulillah kali ni baru aku berjaya jumpa proper trail head untuk ke bukit ni. Aku kayuh dari Ketoyong Damai-Taman Wangsa (ikut jalan sebelah railway)-Kg Chabang Lima-Kg Lambak (lintas sungai)-kedai buah (border jambatan TM-Ulu Bernam)-Kg Hasan-Bukit Togel. Sungguhpun begitu, aku gagal ke puncak bukit pasal penat tak hengat. Hati mau pegi tapi nafas macam nak mati. Total distance: 14+km. Insyaallah lain kali aku cuba lagi bawak bersama geng bas sekolah yang lain. Jemputlah ye menjamu gambar2 yang ada.

Jambatan kg lambak. Masa 2nd recce aku naik bukit kat belakang tu
Hujung minggu ramai yang mancing kat sini
Bukit togel dari jauh
Lalu tepi sungai
Kaki bukit, kat sini dah semput dah
Kat tengah, mintak nyawa...
Pemandangan ke arah selangor
Pekan tg malim
Penat tahap gaban...
Sikit aje baru..
Kebun sayur
Laluan masuk baru jumpa, on the way back
Meet the locals
On the way balik
Jambatan sempadan pekan tg malim-ulu bernam

Sabtu, 2 Mei 2009

Kayuhan suka2 Hari Buruh...

Assalamualaikum,... salam sejahtera...

Bila tgk saja posting dari Laksamana Hang Kebun,.. tambah2 dengan gambar King Pecut-Ijoi yang berposing dengan machonya,.. aku pon terus naik semangat... ahahha...

Kebetulan pulak bini aku tengah free,.. dari dok lepak-lepak saja.. aku ajak le dia cycling.. dia pun setuju,.. terus cargasss...

Kena dengan hari cuti,.. dan cuaca yang cantik,.. kayuhan memang menyeronokkan.. tetapi terpaksa cari laluan yang kurang sesak dengan manusia2 yang berlibur...

Dengan kayuhan sepantas kura2,.. kami menyusuri tepian sungai,.. taman,.. tasik,..lintas jambatan,.. lalu kat padang,.. lalu belakang rumah orang,..berhenti lepak2... makan2... sampailah dekat-dekat nak senja patah balik ke rumah,...

Setelah hampir 3 jam,.. selesailah aktiviti kayuhan suka2 kami... dan entahla bila nak rajin berkayuh lagi... hehehe..

Apa2pun cerita banyak2 pun buat boring jaa,.. jadi, layanlaa gambar yang sempat diambil...
























oleh kerana tuan beskal malu2,.. dia wakilkan saja gambar beskal dia






Related Posts with Thumbnails