Assalammualaikum semua... daulat tuanku!
Sempena meraikan cuti keputeraan Sultan Perak 20 April 2009 yang lepas, satu sesi kayuhan ke campsite telah diadakan. Kayuhan kali ini lebih bermakna kerana seorang kebarat terbuang dari daerah batang padang iaitu Raja Pecut Ijoi turut sudi mencemar duli untuk bersama-sama kami. Kayuhan ini sebenarnya tidaklah dirancang, cuma kebetulan ketika pulang dari kedai selepas membeli telur, tukangkebun terjumpa Raja Pecut Ijoi yang sedang melatih puteranya berbasikal di hadapan rumah. Raja Pecut yang tidak dijemput ke istana pagi itu terus menitahkan agar satu kayuhan tergempar diadakan petang itu juga. Hebahan segera dilakukan dan hanya mereka yang benar-benar gagah iaitu Raja Pecut, lan dan tukangkebun sahaja yang menyahutnya. Hulubalang-hulubalang berjiwa kentang seperti ao, bob & fisol pula tidak dapat bersama atas sebab yang terlalu "sulit" untuk didedahkan di sini. Mujurlah Raja Pecut tak murka... muahaha!!
Kayuhan bermula kira-kira jam 5.15 pm di kedai tayar kereta berhampiran ketoyong, ijoi & lan mengepam kuda masing-masing untuk prestasi maksima. Pam tangan cap ayam tukangkebun nyata tidak dapat memuaskan angin kuda-kuda diraja. Kayuhan berjalan lancar menyusuri jalan ipoh-kl menuju simpang 4 tanpa seorangpun memakai sun block mahupun losyen pengempis perut walaupun mentari petang hangat bersinar. Dari simpang 4, Raja Pecut gagah mengetuai skuad diraja melalui jalan tar menuju lubuk keling. Kami berehat seketika di situ untuk beramah-mesra bersama pengunjung yang mandi-manda. Untuk makluman disebabkan tidak mahu dituduh riyak dengan keupayaan tinggi, kami tidak mengikut laluan biasa Bernam Heritage-single track-2 sungai. Sebaliknya cukuplah melalui jalan 4x4 dari lubuk keling ke campsite. Jalan ni biasanya digunakan dalam perjalanan balik dari campsite.
Dari situ kayuhan diteruskan menyusuri kebun-kebun getah, kandang kambing dan belukar-belukar dara. Kayuhan semakin mengancam apabila lan terpaksa memberhentikan beskalnya dengan v-brake secara tiba-tiba kerana terpaksa menjawab telefon daripada bossnya. Dedikasi sungguh bro lan ni, ketika berkayuhpun kerja tetap diutamakan. Sebaik sahaja selesai bertelefon kami dikejutkan dengan sebuah bukit yang agak ngeri (biasanya downhill dari sana), namun Raja Pecut Ijoi tanpa gentar terus meratah bukit tak seberapa tu dengan ganas bersama jentera GTSnya. Lan pun turut sama mendaki sambil mengangkat tayar hadapannya sekali-sekala bagi membuktikan v-brake lebih ringan dari disc brake! kihkihkih!! Selepas naik turun bukit kami tiba di satu persimpangan jalan. Masing-masing berehat sambil berfikir jalan mana sebenarnya nak ke campsite? Kiri ke kanan? Maklumlah tak biasa reverse ke campsite. Nyatalah kekusutan memikirkan haluan sebenar akhirnya memakan diri! Kami akhirnya memutuskan untuk berpatah balik sahaja. Bukanlah kami takut sesat ataupun gentar dengan bukit-bukit tinggi yang tak seberapa dihadapan kami. Tapi bak kata Raja Pecut Ijoi, "Beta rasa cukup la sampai disini kayuhan kita,terjulur lidah dah ni. Nanti dengan kelajuan tahap gaban ni bimbang pula akan menimbulkan iri hati hulubalang berjiwa kentang lain yang tidak bersama kita hari ini". Kamipun menurut perintah dan berkayuh semula ke ketoyong juga dengan kelajuan tahap gaban.
Kayuhan hari tu ditamatkan dengan santapan diraja di kedai kak yang kira-kira jam 6.30pm (kan dah kata, kelajuan tahap gaban tu...). Jarak kayuhan kurang lebih 16 km dicatatkan. Masing-masing minum banyak ngalahkan kayuh kat padang pasir. Apapun walaupuntak larat sengaja taknak sampai ke campsite tapi yang penting peluh yang berjurai-jurai keluar berjaya jugak membuang sikit-sikit toksik dalam badan. Majulah sukan untuk negara. Terima kasih semua.
Nota: Akibat kelajuan tahap gaban, gambar-gambar sedang berkayuh gagal ditangkap. Hanya ini aje yang mampu ditangkap. Terimalah seadanya.
Sempena meraikan cuti keputeraan Sultan Perak 20 April 2009 yang lepas, satu sesi kayuhan ke campsite telah diadakan. Kayuhan kali ini lebih bermakna kerana seorang kebarat terbuang dari daerah batang padang iaitu Raja Pecut Ijoi turut sudi mencemar duli untuk bersama-sama kami. Kayuhan ini sebenarnya tidaklah dirancang, cuma kebetulan ketika pulang dari kedai selepas membeli telur, tukangkebun terjumpa Raja Pecut Ijoi yang sedang melatih puteranya berbasikal di hadapan rumah. Raja Pecut yang tidak dijemput ke istana pagi itu terus menitahkan agar satu kayuhan tergempar diadakan petang itu juga. Hebahan segera dilakukan dan hanya mereka yang benar-benar gagah iaitu Raja Pecut, lan dan tukangkebun sahaja yang menyahutnya. Hulubalang-hulubalang berjiwa kentang seperti ao, bob & fisol pula tidak dapat bersama atas sebab yang terlalu "sulit" untuk didedahkan di sini. Mujurlah Raja Pecut tak murka... muahaha!!
Kayuhan bermula kira-kira jam 5.15 pm di kedai tayar kereta berhampiran ketoyong, ijoi & lan mengepam kuda masing-masing untuk prestasi maksima. Pam tangan cap ayam tukangkebun nyata tidak dapat memuaskan angin kuda-kuda diraja. Kayuhan berjalan lancar menyusuri jalan ipoh-kl menuju simpang 4 tanpa seorangpun memakai sun block mahupun losyen pengempis perut walaupun mentari petang hangat bersinar. Dari simpang 4, Raja Pecut gagah mengetuai skuad diraja melalui jalan tar menuju lubuk keling. Kami berehat seketika di situ untuk beramah-mesra bersama pengunjung yang mandi-manda. Untuk makluman disebabkan tidak mahu dituduh riyak dengan keupayaan tinggi, kami tidak mengikut laluan biasa Bernam Heritage-single track-2 sungai. Sebaliknya cukuplah melalui jalan 4x4 dari lubuk keling ke campsite. Jalan ni biasanya digunakan dalam perjalanan balik dari campsite.
Dari situ kayuhan diteruskan menyusuri kebun-kebun getah, kandang kambing dan belukar-belukar dara. Kayuhan semakin mengancam apabila lan terpaksa memberhentikan beskalnya dengan v-brake secara tiba-tiba kerana terpaksa menjawab telefon daripada bossnya. Dedikasi sungguh bro lan ni, ketika berkayuhpun kerja tetap diutamakan. Sebaik sahaja selesai bertelefon kami dikejutkan dengan sebuah bukit yang agak ngeri (biasanya downhill dari sana), namun Raja Pecut Ijoi tanpa gentar terus meratah bukit tak seberapa tu dengan ganas bersama jentera GTSnya. Lan pun turut sama mendaki sambil mengangkat tayar hadapannya sekali-sekala bagi membuktikan v-brake lebih ringan dari disc brake! kihkihkih!! Selepas naik turun bukit kami tiba di satu persimpangan jalan. Masing-masing berehat sambil berfikir jalan mana sebenarnya nak ke campsite? Kiri ke kanan? Maklumlah tak biasa reverse ke campsite. Nyatalah kekusutan memikirkan haluan sebenar akhirnya memakan diri! Kami akhirnya memutuskan untuk berpatah balik sahaja. Bukanlah kami takut sesat ataupun gentar dengan bukit-bukit tinggi yang tak seberapa dihadapan kami. Tapi bak kata Raja Pecut Ijoi, "Beta rasa cukup la sampai disini kayuhan kita,
Kayuhan hari tu ditamatkan dengan santapan diraja di kedai kak yang kira-kira jam 6.30pm (kan dah kata, kelajuan tahap gaban tu...). Jarak kayuhan kurang lebih 16 km dicatatkan. Masing-masing minum banyak ngalahkan kayuh kat padang pasir. Apapun walaupun
Nota: Akibat kelajuan tahap gaban, gambar-gambar sedang berkayuh gagal ditangkap. Hanya ini aje yang mampu ditangkap. Terimalah seadanya.