:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Rabu, 29 Oktober 2008

Kayuhan Pembuka Tirai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Setelah lama menyepi sepanjang bulan Ramadhan dan ketibaan Syawal... Akhirnya kayuhan pembuka tirai telah dijalankan pada hari Isnin 27 Oktober sempena cuti Deepavali yang lalu...

Sesi kayuhan kali ini telah disertai oleh AO, Abg Burn, Dr. Fauzi, Bob, Ijoi dan seorang rakan baru yang didatangkan khas dari Slim Village...

Amat mendukacitakan kerana tiada seorang pun yang membawa kamera pada hari kejadian... Ape nak buat... Dah takde rezeki nak bergambor...

Kayuhan berlangsung menyusuri trek rasmi tmbikers iaitu menyusuri single trek ke campsite....
Bermula lebih kurang jam 8.30 dan tamat jam 11.45...

Tiada aktiviti berkelah atau masak-memasak telah dijalankan untuk trip kali ini...
Insyaallah akan dilaksanakan pada trip yang akan datang...

Sekian dahulu untuk kali ini....

Have a nice day everyone...
Keep on riding guys....

Isnin, 27 Oktober 2008

Kayuhan Malam layan blues :) 26Okt08

Waktu siang semakin pendek,.. sekejap sahaja dah senja... pejam celik.. pejam celik, sedar2 dah nak malam..

Sekali-sekala layan kayuh malam pun best jgk,... sambil layan angin sepoi2 bahasa yang sejuk mencucuk lubang hidung... tambah2 pulak kalau dah hampir tengah malam,... lagilaa sempoii jaa... dengan suasana yg agak sunyi,... manusia2 pon dah tak berapa ramai kat jalanan... aman dan nyaman rasanya..

Ahad 26Okt08, kira2 jam hampir ke tgh malam,.. kayuhan pun dimulakan,... jalan2 dalam pekan,... melarat ke tepi sungai,... tepi bukit dan kawasan tepi taman... sambil kayuh,.. sambil berhenti lepak2 ambil gambar... dan skodeng orang memancing ikan...

Balik kerumah semula kira2 jam 2pagi,.. mata pun mula ngantuk,.. angin sejuk semakin kuat,.. dan dah ada tanda2 hujan turun...

beberapa gambar sempat diambil....



































Demo Trials Bike... 4X4 di INSA exhibition Center, Hanover

Sempena pembukaan "rumah" baru tmbikers,.. dan setelah lama dok bertapa membuncitkan perut,.. hari ini, posting diteruskan,... hhehee...

Hari Sabtu 25 Oktober 08,.. sempat singgah di Hanover MesseHalle utk layan pameran INSA... ada banyak kategori,... dari barangan mainan budak2, binaan rumah, taman.. hinggalah sukan dan permotoran..

Antara yang nak dikongsi di sini... demo trials bike oleh juara trial Deutschland.. (apa nama dia pon saya dh lupa daa..)... Kagum jgk laa tgk dia terloncat2 atas kotak,.. lompat lepas budak dsb... loncat sana,.. loncat sini...hehehe..

Lepas tu, antara lainnya layan demo 4X4 Hyundai,... dengan peluang dibagi pada penonton untuk masuk dalam kereta dan merasa suasana terlentok, kona sana... kona sini... dengan pemanduan melepasi halangan-halangan yang dibina... okla jugak melayan untuk buang masa hehehe...

antara gambar hari berkenaan...




































Related Posts with Thumbnails