:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Rabu, 6 April 2011

KAYUHAN MENGEMASKINI LALUAN HASHH ULU BERNAM

KEPADA YANG BERMINAT....

Wahai saudara, saudari dan sesiapa yang berminat...apabila terbitnya fajar dan sesudah solat subuh...bersedialah tuan-tuan dan puan-puan untuk menguji stamina bagi menghadapi  JAMBOREE BATANG KALI..Maka silalah hadir pada :

Tarikh       : 10 April 2011( AHAD )
Masa        :  8Am ( Tayar Golek )
Tempat     :  Hadapan Klinik Syifa..

Laluan ini di jangka sejauh 30km tetapi tuan-tuan akan di hidangkan dengan cabaran yang menguji kekuatan mental dan fizikal... bakal membuatkan diri anda merasa tidak kekok bagi menghabiskan laluan Jamboree Batang Kali nanti...
Perhatian : Kami di TM Bikers mengharapkan sedikit ehsan daripada anda untuk memberikan  sumbangan kepada saudara TONGGA( Pengayuh Tegar TM Bikers) bagi meringankan beban beliau dimana isteri beliau telah mengalami kemalangan dalam perjalanan ke tempat bertugas.... Sama -samalah kita membantu beliau yang kini terpaksa berulang alik ke Terengganu.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails